Nama asli Nabi Khizhir Ialah Balya Bin Malkan Bin Faligh Bin ‘Abir Bin Syalikh Bin Arfakhsyaz Bin Sam Bin Nabi Nuh As. Dan Gelarannya Ialah Abu Al-'Abbas. Beliau Juga Dikenali Dengan Panggilan Khizhir Kerana Dua Sebab. Sebab yang pertama, Rasulullah Saw. Bersabda: “Ia Dinamakan Khizhir Karena Ketika Ia duduk di Atas rumput tiba-tiba memancar cahaya hijau dari arah belakangnya (Hadis Abi Hurairah Yang diriwayatkan oleh Bukhari). Sebab Ke dua, Al-Khattaby Berkata : Ia dinamakan khizhir karena wajahnya indah Berseri-Seri (Al-Bidayah Wa an-Nihayah,Ibnu Katsir 1/327).
Malkan Adalah seorang raja yang amat berpengaruh dan terkenal dengan Kekejamannya. Ketika nabi khizhir masih kecil, Ia dihantar belajar dengan seorang guru yang berakhlak mulia. di Antara rumah guru dan istana Malkan, Ada Seorang ahli ibadah yang Mana Nabi Khizhir Amat tertarik dengannya, maka Ia belajar Dan Tinggal Bersama Orang Yang Ahli Ibadah Itu. Gurunya Beranggapan Bahawa Nabi Khidir Berada Di Istana Raja Malkan. Manakala, Raja Malkan Pula Beranggapan Bahawa Nabi Khizhir Berada Di Rumah Gurunya. Tetapi Sebenarnya, Nabi Khizhir Tinggal Dan belajar secara tidak resmi dengan orang yang ahli Ibadah Itu.
Setelah Nabi Khizhir dewasa, Pembesar-Pembesar istana Merencanakan Supaya Ia segera Dikawinkan untuk mendapatkan keturunan atau generasi penerus Kerajaan Raja Malkan. Kemudian Raja Malkan Menawarkan Dan Menyuruh Nabi Khizhir Mendirikan Rumahtangga. Bagaimanapun Nabi Khidir Enggan Menerima Tawaran Tersebut. Setelah Berulangkali Disuruh Oleh Ayahandanya, Akhirnya Nabi Khidir Bersetuju Dan Berkahwin Dengan Seorang Puteri Raja.
Setelah Agak Lama Menjadi Pasangan Suami Isteri, Maka Nabi Khidir Memberitahu Isterinya :”Aku Beritahu Kepadamu Tentang Suatu Rahsia Ku, Jika Kamu Rahsiakan, Kamu Akan Selamat Di Dunia Dan Di Akhirat Tetapi Jika Kamu Bocorkan Rahsia Ku Ini, Kamu Akan Disiksa Di Dunia Dan Di Akhirat.” Isterinya Bertanya: "Apakah Rahsia Itu ?" Nabi Khidir Menjawab : “Sesungguhnya Aku Ini Seorang Lelaki Yang Beragama Islam. Bukan Seperti Ayahku Dan Aku Tidak Memerlukan Perempuan Dalam Hidupku. Oleh karena Itu, Jika Kamu setuju Hidup Bersamaku Dan Mengikuti Agama ku. Maka, Kita Boleh Terus Hidup Bersama. Dan Sekiranya, Kamu Tidak Setuju Dengan ku, Maka Aku Membolehkan Kamu Pulang Ke Rumah Keluarga mu.” Isteri Nabi Khizhir Menjawab:”Aku Akan Terus Setia bersama mu.”
Setelah Lama Berumahtangga Dan Tidak Mempunyai Anak Maka Pembesar Negara Dan Orang Ramai Bertanya Kepada Raja Malkan. ”Bahawasanya Anak Kamu Itu Sebenarnya Mandul Dan Tidak Dapat Memperolehi Anak.” Lantas Raja Malkan Bertanya Kepada Nabi Khizhir: ”Telah Lama Kamu kawin Tetapi hingga Hari Ini kamu masih belum Mempunyai anak. Jawab Nabi Khizhir: "Hal Ini Bukan Di Bawah Kekekuasaan ku, tetapi di Bawah Kekuasaan Tuhan ku Allah Swt.. Dia Mengurniakan Anak Kepada Siapa saja Yang Dikehendaki-Nya." persoalan Yang Sama Ditanya Oleh Raja Malkan Kepada Isteri Nabi Khizhir. Jawaban Yang Diperoleh Daripada Isteri Nabi Khizhir juga Sama Sebagaimana Yang dijawab Nabi Khizhir.
Setelah Sekian Lama perkawinan berlangsung, Nabi Khizhir Masih Belum Dikurniakan Anak, Raja Malkan Menyuruh Nabi Khizhir Menceraikan Isterinya. Nabi Khizhir Enggan Berbuat Demikian Pada Mulanya Tetapi Raja Malkan Terus Memaksa Nabi Khizhir Dan Akhirnya Raja Malkan Memisahkan Antara Nabi Khizhir Dan Isterinya. Kemudian Secara Paksa, Raja Malkan Mengawinkan Nabi Khizhir dengan seorang janda muda yang Telah Mempunyai Anak, dengan harapan Mudah-Mudahan Perkawinan Ini Nanti Akan Membuahkan Hasil, yaitu Mempunyai Anak Untuk Meneruskan Keturunan Dan Kerajaan Raja Malkan.
Malangnya Keadaan Yang Sama Berlaku. Setelah Lama kawin, Mereka Masih Belum Dikurniakan Anak. Apabila Nabi Khizhir Ditanya Tentang Hal Ini, Jawabannya Sama Seperti Dahulu. Kemudian Raja Malkan Bertanya Kepada Isteri Kedua Nabi Khizhir : ”Kamu Ini Adalah Janda Muda Yang Sudah Mempunyai Anak Sebelum Kawin Dengan Anak ku, Kenapa Pula Kamu Tidak Memperoleh Anak Setelah kawin Dengannya ?”
Isteri Kedua Nabi Khidir Pun Menjawab : ”Semenjak kami kawin hingga Sekarang, Saya Tidak Pernah Disentuh Sama Sekali Oleh Beliau.” Kemudian Isteri Pertama Nabi Khizhir Dipanggil Dan Ditanya, Jawabannya Sama. Nabi Khizhir Dipanggil Oleh Raja Malkan Dan Dimarahi Dengan Bahasa kasar. Sehingga Hati Nabi Khizhir terasa. karena itu, Nabi Khizhir merasa tidak bahagia, Tidak Selesa Dan Tidak Tenteram Untuk Tinggal Di Istana Raja Malkan. Akhirnya Nabi Khizhir Meninggalkan Istana raja Malkan Dan Pergi Merantau
Raja Malkan, Ayahanda Nabi Khizhir Amat Sedih dan menyesal Dengan Kejadian Itu. Raja Malkan pun Mengerahkan 100 Orang Mencari Nabi Khizhir Ditempat Yang Berlainan, Sebelah Utara, Selatan, Timur Dan Barat, Akhirnya, Sekumpulan Sepuluh Orang Berhasil Menemui Nabi Khizhir Di Sebuah Pulau Yang Kecil Dan Terpencil.
Nabi Khizhir Berkata Kepada Kumpulan 10 Orang Ini. ”Aku Akan Katakan Sesuatu Yang Bila Kamu Rahsiakan, Kamu Akan Selamat Di Dunia Dan Akhirat. Tetapi Jika kamu Bocorkan Rahsia Ini, Kamu Akan Disiksa Di Dunia Dan Diakhirat.” Mereka Kumpulan 10 Bertanya ”Apakah Rahsia Itu ?’ Namun Nabi Khidir Bertanya Lagi Kepada Mereka ”Adakah Orang Lain Yang Mencari Aku Selain Daripada Kamu Sekelian?”, ”Ya, Ada” jawab mereka. Nabi Khizhir berkata”tolong rahsiakan Pertemuan Kita Ini Daripada Ayahanda ku, sebab Jika Kamu beritahu Ayahanda Ku Tentang Pertemuan Kita Ini, Aku Akan Dibunuh Dan Kamu Juga Akhirnya Akan Dibunuh Setelah Itu,”
Namun setelah Kumpulan Sepuluh Pekerja Istana Ini Pulang Ke Istana Malkan Dan Bertemu Raja Malkan, Sembilan Daripada Mereka Jujur Kepada Raja Malkan Dengan Memberitahu Bahawa Mereka Telah Bertemu Nabi Khizhir. Hanya seorang Yang merahsiakan Pertemuan Tersebut Daripada Raja Malkan. Sembilan Yang mengaku Bertemu Nabi Khizhir, Dikerahkan Untuk Mencari Dan Membawa Pulang Nabi Khizhir Ke Istana. Malangnya, Nabi Khizhir Tiada Di Pulau Kecil Tersebut Kerana Beliau Telah Merantau Ke Tempat Yang Lain. Semua Sembilan Orang Pekerja Istana Ini pulang dengan Tangan Kosong Dan Mati Dihukum Pancung Oleh Raja Malkan. Yang Seorang lagi Selamat karena Beliau Menjaga Rahsia Dan Telah Melarikan Diri Dari Istana Raja Malkan.
Isteri Kedua Nabi Khizhir, Si Janda Muda Itu Juga Turut di Hukum mati karena menjadi pencetus kekacauan yang berlaku dalam Istana Raja Malkan. Karena Takut Dibunuh Oleh Raja Malkan, mantan Isteri pertama Nabi Khizhir, Si Puteri Raja Lari Menginggalkan Istana Raja Malkan Bersama-sama Pekerja Istana Yang Menjaga Rahsia.
Akhirnya mereka berdua bertemu di perantauan dan mereka berjanji untuk menutup rahsia masing-masing. Mereka akhirnya bertemu jodoh dan kawin. Mereka Merantau ke Mesir dan berkerja pada Raja Fir’aun di Sana. Si Isteri Bekerja Sebagai Pengasuh Anak Perempuan Fir’aun. Dalam Sejarah Dia Dikenali Dengan Nama MASHITAH (Tukang Sikat Rambut). Sementara, Suaminya Pula Bekerja Sebagai Tukang Kayu, Namanya Ialah HIZQIL (Pembuat Kotak Yang Menghanyutkan Nabi Musa AS Ketika Bayi Di Dalam Sungai Nil).
(Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=883489238355748&set=a.208976912473654.48748.100000840396941&type=3&theater)
Title : Biografi NABI KHIZHIR AS.
Description : Nama asli Nabi Khizhir Ialah Balya Bin Malkan Bin Faligh Bin ‘Abir Bin Syalikh Bin Arfakhsyaz Bin S am Bin Nabi Nuh As. Dan Gelarannya ...